FarhanahCikal
Writer


Moments About Links

Assalamualaikum. FarhanahCikal. 19. Politeknik Premier Ungku Omar. Diploma in Programming.


Terima kasih kepada

This skins made by Amirul
Image :Mr. Google
Edited : Arina




2017

And it's 2017 already hahahahaha.............
What a longgggg times i took to update this blog
Konon nak rajin update kah.kah.kah

Sepanjang tahun dua ribu lima belas sampai tujuh belas ni macam macam benda jadi

1. Mama dah x dek since 5 Jun 2015 hm
2. Futher study dalam bidang pendidikan major multimedia kreatif kt UTHM
3. Officially graduated from Politeknik Ungku Omar ðŸŽ“
4. SF dah tunang kbaiii

benda yg jadi on point 2-3 mesti mama bangga gilerr dengan aku sebab tu impian dia jugak walaupon aku ni x lah bijak mana dan boleh diharapkan sangat kan hahahahahaha tapi i still want to see her smile over my a little achievement hm semoga Along dapat jumpa dan sama sama dengan mama kt syurga nanti, amin. Dan semoga mama dicucuri rahmat, dilapangkan dan diterangkan kubur, dijauhkan daripada azab seksa kubur & api neraka, amin. Dan semoga doa mama sentiasa ada dengan kami, amin..........

FarhanahCikal
23/07/2017



2015 Sudehh

Heyya! 

Hahahaha lame kau Fana lame! Dah bulan 2, 2015 kau baru nak update blog hahahaha.. Maklumlah takdek benda nak tulis an.. Seriously Aku rindu nak berblogging.. Teringat dulu kali pertama aku libatkan diri dalam dunia ni, Fatin dgn Aneesa yg banyak tolong. Tapi sekarang blog dorang pon dah tak aktif, dah delete ponn.. Hmm rindunya time tu T.T T.T Aku selalu inspired Miszathirah punya blog. Dia selau update walaupon ruangan komen dia buang, cbox dia buang soo aku yg selalu menyinggah blog dia ni tak boleh nak tegur salam perkenalan ehehehe.. Walaupon dia tatau aku baca, tak pek lah.. Aku stalk dari jauh jek.. Dah lah dia kawan dgn member aku masa sekolah rendah dulu. Alia Shafinaz.. Depa sama UIA.. Aku teringin sangat nak masuk sana sbb aku rasa kat situ aku boleh improve sikit iman aku ni hahahaha..

 K back to the hasrat sebenar, aku rasa cam nak aktif menulis lah cam dia walaupon tak dek siapa yg baca and btw waktu aku tengah menaip ni, blog aku diprivatekan.. Entah lah aku malas nak publickan sebab aku tanak orang orang yg tak suka aku baca hahahaha.. Aku ni walaupon x bergaul or bersosial dgn manusia manusia di luar sana aku tak paham kenapa mesti ada jek yg tak suka aku.. Padahal kenal pon tak hmm. Yg penting memang aku tak dek salah dgn depa.. Cuma aku tahu lah cerita sebenarnya dan aku tanak kongsi kat sini. Biarlah aku simpan di alam realiti bukan di alam maya ni hahahaha.. Apa apa pon, lantak korang lah ye yg konon menyampah dgn aku tu sebab ingat semua orang suka kat korang ke? Alamak terimbau pulak sangat sangat dihina dikutuk dedepan dulu hmm.. Abaikan Fana abaikan.. Let bygones be bygones hahahaha..

 OK, update sikit pasal hidup aku skang ni buat tatapan aku 20 Tahun akan datang ahahaha, currently I'm 19.5 years old gahahaha tanak ngaku sehh dah 20 by year. Ye memang aku tanak ngaku pon dah masuk 20 series hahahaha sebab sebab yelah siapa nak jadi dewasa an hahahaha.. Masih bujang dan belum mempunyai cahaya mata, masih pelajar Politeknik Ungku Omar dalam sem 4 *ni aku taip nama poli aku kang orang taip kat google mampus blog aku terpapar hahahaha sebab pengalaman junior jumpa blog aku tapi tak kawan pon hahahaha yelah siapalah aku ini* Lagi setahun nak habiskan perjalanan diploma aku ni.. Ohh ya, sem 4 ni aku tengah sibuk berpraktikal kat Muar, kampung aku. Nama tempat biarlah aku rahsia kan ye hahahaha.. Kenapa kau tak praktikal kat JB Fana? Sebabnya adik adik aku kan kat STF, soo kat rumah x dek orang. Mak ayah aku pulak kerja, jadi lagi tensen kau dok sensorang kat rumah. At least kat kampung ada sepupu sepapat aku ni hah nak buat kawan borak, gaduh, bergurau hahahaha.. Aku ni dah lah suka bercakap.. Kalau hidup sensorang boleh tepu wehh *walaupon kekadang aku perlu dan mahu bersendirian hahahaha*

 Tu jek lah kot.. Tatau nak update apa dah.. Keyh lerr babaii~~

FarhanahCikal
15/2/2015